Wednesday 15 June 2011

Kekeliruan Hukum Islam.



Berikut merupakan paparan karikatur yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan iaitu Utusan Malaysia bertarikh 15 Jun di muka surat 15. Karikatur ini menggambarkan dua situasi berbeza yang dialami oleh mangsa rogol.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi."Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq"

Namun, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam".Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

Mungkin saja pelukis yang juga beragama Islam tidak bermaksud menghina tetapi  lahir atas sebab kejahilannya, membuktikan sistem perundangan Islam masih lagi kurang difahami oleh masyarakat Islam sendiri yang rata-rata mempunyai prasangka yang negatif terhadap pelaksanaannya.

Hal ini tentunya memburukkan lagi imej Islam dari perspektif masyarakat yang bukan beragama Islam. Yang mana seterusnya gagal mempromosi keindahan Islam yang syumul. 

Perlu diingat hukum yang dikeluarkan bukanlah dari mana-mana pemimpin tetapi diturunkan melalui Firman Allah SWT yang ckup jelas.  Pihak penulis mengutuk keras akan penyiaran karikatur ini dan berharap agar pihak-pihak terbabit segera memohon  maaf atas ketelanjuran ini.

Untuk lebih kefahaman bagi membuktikan hudud itu tidak ketinggalan seperti yang disangka, ada dijelaskan di sini.

No comments:

Post a Comment