Kenali Kelab Perkim UKM

PERKIM adalah singkatan dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (atau Muslim Welfare Organisation of Malaysia). Ia telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Kelab Perkim UKM adalah terdiri daripada ahli-ahli PERKIM yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ianya bertindak menjadi salah satu platform yang terbaik untuk mahasiswa menyebarkan dakwah dikalangan warga kampus dan masyarakat luar.


VISI

Memperkasakan Kelab Perkim UKM sebagai NGO dakwah yang unggul sejajar dengan syariat Islam.


MISI

Menjadikan Kelab Perkim UKM sebagai penggerak dakwah dikalangan mahasiswa dan masyarakat untuk memberi sokongan padu kepada Institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa berdasarkan atas lima elemen yang berikut:

1. Dakwah
Menjalankan dakwah Islamiah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.

2. Pendidikan
Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran serta pendidikan Islam menerusi segala media dan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.

3. Kebajikan
Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma kepada sesiapa yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah terutamanya golongan saudara baru.

4. Kerjasama dalam bidang agama Islam
Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan kelab-kelab persatuan Universiti yang lain demi meningkatkan kemajuan agama Islam.

5. Lain-lain
Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Islam.


SLOGAN


“Menjalin Kasih, Menyimpul Persaudaraan”