Pada12 oktober 2011 lepas telah diadakan SEMINAR PERPADUAN & EKONOMI UMMAH yang dianjurkan oleh PERKIM KEBANGSAAN yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. UKM.
berikut merupakan dapatan yang boleh dikongsi . 
PERSPEKTIF DAN STRATEGI PENGUKUHAN EKONOMI UNTUK PERPADUAN UMMAH
Oleh: Y. Bhg. Dato' Dr. Mahani Zainal Abidin
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia
OBJEKTIF PEMBENTANGAN:
Perpaduan ummah bergantung kepada kekuatan ekonominya. Persoalannya, apakah cara untuk mengukuhkan ekonomi ummah? Bagaimana membentuk synergi antara ekonomi dan perpaduan ummah?
STATUS EKONOMI UMMAH: ASAS SUDAH DIBINA TETAPI MASIH LEMAH
Ekonomi ummah menunjukkan peningkatan yang baik sejak tahun 1970-an tetapi masih ketinggalan dalam pelbagai aspek seperti ekuiti korporat, tahap pendapatan dan daya saing atau kemampanan perniagaan.
Sumber Kekayaan Ekonomi
- Dari aspek modal insan - ramai siswazah universiti, profesor, penyelidik dan golongan professional yang terlatih
 - Sistem pendidikan agama telah berjaya melatih dan melahirkan ramai graduan
 - Membangunkan budaya perniagaan dan keusahawanan
 - Kapasiti kewangan yang cukup tetapi ianya tidak teratur dan sistematik
 - Mempunyai aset yang cukup yang belum mampu digunapakai, contohnya tanah terbiar
 
Ummah Akan Ketinggalan Dan Berpecah Jika Kemajuan Ekonomi Kekal Lembap
- Negara kini berkembang pada kadar yang lebih pantas dari sebelumnya.
 - Bahagian ummah dalam ekonomi negara akan terus mengecut jikalau kemajuan ekonomi ummah lebih perlahan daripada kumpulan-kumpulan lain.
 - Jumlah dana yang telah dibelanjakan tidak hasilkan pulangan yang diharap:
 - Menurut Laporan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), sejak tahun 1970-an, sebanyak RM54billion telah dibelanjakan untuk pembangunan pegangan ekuiti ummah tetapi hanya RM2billion yang tinggal
 - Keupayaan Kerajaan untuk membantu ummah sekarang semakin berkurangan.
 - Cabaran untuk menyediakan dana dan bantuan lainperlu diimbangkan dengan keperluan komuniti lain.
 - Impak globalisasi - persaingan yang sengit menjadikan usaha menarik FDI dan mengekalkan momentum pelaburan domestik yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi semakin mencabar.
 - Impak liberalisasi perdagangan - perjanjian antarabangsa boleh menghadkan keupayaan untuk menggalakkan kepentingan domestik.
 - Walaubagaimanapun, liberalisasi perdagangan adalah penting kerana ia meningkatkan tahap kecekapan, daya saing dan mengembangkan jaringan ekonomi antarabangsa.
 - Ummah juga mempunyai keupayaan teknologi yang terhad dalam menghasilkan nilai tambah barangan dan perkhidmatan yang tinggi untuk keperluan pasaran global.
 
Bidang Keutamaan Ummah Boleh Ditembusi Oleh Orang Lain
- Makanan halal - Thailand sebagai negara pengeluar utama makanan halal
 - Sijil halal Malaysia - ada negara lain yang boleh mengeluarkan sijil halal yang mendapat pengikhtirafan antarabangsa
 - Sistem Kewangan Islam - pelbagai pusat kewangan yang lain seperti Singapura dan bank-bank antarabangsa mampu menawarkan perkhidmatan perbankan Islam yang setaraf
 - Pakaian untuk orang Islam kini dibekalkan oleh hampir sepenuhnya oleh orang bukan Islam
 - Penjajahan ekonomi boleh berlaku jika ummah tiada kapasiti atau kekuatan ekonomi
 
Kejayaan Telah Dan Boleh Dicapai: Contoh-Contoh Kejayaan Ummah
Pengajaran Dari Strategi Dan Usaha Memajukan Ekonomi Ummah
- Sebenarnya, ummah mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
 - Dana yang dikumpulkan oleh institusi-institusi dan dilaburkan dalam syarikat-syarikat adalah mantap
 - Institusi-institusi lebih berjaya dari usahawan
 - Kejayaan dicapai dengan kuasa pasaran yang besar, kemahiran pengurusan perniagaan sertapengurusan yang berwibawa
 - Bidang baru lebih mudah untuk diceburi dari bidang yang sedia ada
 - Ramai usahawan kecil dalam bidang ICT tidak perlu bantuan yang besar daripada Kerajaan. Sebaliknya, pengusaha Islam menghadapi banyak kekangan dalam industri pembinaan
 

No comments:
Post a Comment