Saturday, 27 April 2013

Ziarah Kasih Perkim UKM 2013 - Rumah Anak Yatim Darul Izzah



                          بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Rasulullah S.A.W. bersabda : Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.
(Sahih Muslim)

"Menjalin Kasih, Menyimpul Persaudaraan"

Bertepatan dengan slogan kata Kelab Perkim UKM di atas, program Ziarah Kasih Perkim UKM 2013 - Rumah Anak Yatim Darul Izzah, BBB yang dirintis oleh Kelab Perkim UKM dengan kerjasama Perkim Kebangsaan dengan berpaksikan kepada kebajikan masyarakat awam khususnya adik-adik anak yatim rumah tersebut. Program ini telah sedikit sebanyak memberikan kesedaran dan menimbulkan rasa keprihatinan masyarakat kampus terutamanya ahli Kelab Perkim UKM mengenai nasib golongan yang memerlukan perhatian, dorongan dan semangat untuk belajar ini. Berkat kerjasama semua pihak yang terlibat, Alhamdulillah program telah dilaksanakan dengan jayanya.


Program ini telah berlangsung pada 27 April 2013 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang di Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Adik-adik yang terlibat terdiri daripada 19 orang adik-adik lelaki yang merangkumi lapisan umur dari sekolah rendah sehinggalah kepada sekolah menengah.




Berkumpul & bertolak ke Rumah Anak Yatim Darul Izzah, BBB.

Tajaan 'goodies beg' daripada pihak Perkim Kebangsaan untuk disumbangkan kepada adik-adik rumah anak yatim tersebut. 




Para peserta dan urusetia pelaksana program sedang memunggah barangan dan menghampiri Rumah Anak Yatim Darul Izzah. 

Selepas mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut,  
para peserta dan urusetia pelaksana mengadakan sedikit sesi ta'aruf sesama ahli rombongan.



Sebaik selesai sesi ta'aruf sesama ahli rombongan, pembahagian kumpulan dan beberapa LDK telah dilaksanakan bersama adik-adik Rumah Anak Yatim Darul Izzah.


LDK 1 Ice-breaking bersama adik-adik

Sesi pembentangan berkumpulan untuk LDK 1 Ice-breaking.







Aktiviti seterusnya juga turut mendapat perhatian semua ahli rombongan dan adik-adik rumah anak yatim iaitu LDK 2 Lukisan Berantai ala Runningman.



Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu ramai iaitu aktiviti mendekorasi kek yang terus merapatkan kerjasama & ukhuwah antara adik-adik Anak Yatim Darul Izzah dengan Rombongan Kelab Perkim UKM.


Adik-adik dibimbing oleh para Kakak Fasi untuk menghias kek tersebut.

Tekun mendekorasi.


Saling bantu-membantu


Hasil kreativiti adik-adik Rumah Anak Yatim Darul Izzah.





Setiap kumpulan bergambar kenangan bersama kek yang telah siap didekorasikan bersama.
Hasil dekorasi kek setiap kumpulan.



Terima kasih kepada penaja yang sudi menaja kesemua kek yang sangat sedap ini.
Makan tengah hari berkumpulan.




Majlis penutupan ringkas dan penyampaian 'goodies beg' kepada semua adik-adik Anak Yatim Darul Izzah.

Luahan rasa bersama semua yang terlibat.


Ucapan penutupan daripada Ustaz Salahuddin, Penjaga Rumah Anak Yatim Darul Izzah.

Penyampaian 'goodies beg' kepada semua penghuni Rumah Anak Yatim Darul Izzah.

YDP Kelab Perkim UKM menyampaikan 'goodies beg' kepada salah seorang adik penghuni rumah tersebut.




Sesi bergambar kenang-kenangan bersama adik-adik Rumah Anak Yatim Darul Izzah. Semoga terus tabah & ukhuwah terus dipereratkan lagi, Insyaallah.


Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada peserta dan urusetia pelaksana serta adik-adik Rumah Anak Yatim Darul Izzah dan pihak pengurusan rumah tersebut yang telah banyak membantu dalam melancarkan perjalanan program ini. Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua penaja yang sudi menaja untuk kelancaran program ini, 
HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAMPU MEMBALAS JASA KALIAN ^__^

جَزَاكَ اللهُ خَيْر

Rasulullah S.A.W. bersabda : Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah S.W.T. akan memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.

(At-Tarmizi)



Semoga bertemu lagi ^_^

Sunday, 9 December 2012

Ziarah Kasih Perkim UKM - Hospital Banting




"Mahasiswa Cakna Pemangkin Transformasi Ummah"




Bertemakan ungkapan di atas, program Ziarah Kasih Perkim UKM - Hospital Banting yang julung kalinya di anjurkan oleh Kelab Perkim UKM dengan kerjasama Perkim Pusat dengan berpaksikan kepada kebajikan masyarakat awam khususnya para pesakit Hospital Banting ini telah sedikit sebanyak memberikan kesedaran dan menimbulkan rasa keprihatinan masyarakat kampus terutamanya ahli Kelab Perkim UKM mengenai nasib golongan yang memerlukan perhatian dan semangat. Berkat kerjasama semua pihak yang terlibat, Alhamdulillah program telah dilaksanakan dengan jayanya.


Program ini telah berlangsung pada 9 Disember 2012 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang di Hospital Banting, Banting, Selangor Darul Ehsan. Antara wad pesakit yang terlibat ialah Wad Kanak-kanak, Wad Bersalin dan Wad Umum.


Bertolak ke Hospital Banting.


Antara pimpinan muslimin Perkim yang turut menyertai