Monday, 26 December 2011

Bengkel Dakwah Media

"Membina Gelombang Penulisan Islam"

Petikan di atas merupakan tema yang dibawa untuk Bengkel Dakwah Melalui Media anjuran bersama Perkim UKM dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi (PMFST). Menyedari potensi Media sebagai medan dakwah, program ini telah dirancang bagi menigkatkan lagi kemahiran,kefahaman tentang bidang media khususnya penulisan Islami dan juga pengendalian blog . ALhamdulillah program telah dikendalikan dengan jayanya.


berikut merupakan tentatif program :

Sesi Pagi

7.30 pagi : Ketibaan Peserta dan Sarapan Pagi.
8.00 pagi : Majlis Perasmian, Tayangan Multimedia
8.30 pagi : Bengkel : Sesi 1 - Al-Muntalaq
9.30 pagi : Rehat
9.45 pagi : Bengkel : Sesi 2 - Teknik Menulis.
10.45 pagi : Rehat
11.00 pagi : Bengkel : sesi 3 - Menjemput ilham
12.00 tgh hari : Rehat
12.15 tgh hari : Bengkel : sesi 4 - membumikan idea.

Ceramah sesi 1 hingga sesi 4 dikendalikan sepenuhnya oleh Saudara Zahiruddin Zabidi (PTS Publication)




Sesi Petang

1.45 petang : Bengkel : Sesi 5 - Penulisan Blog
3.00 petang : Bengkel : Sesi 6 - Pengurusan Blog

Ceramah sesi 5 & sesi 6 dikendalikan oleh wakil daripada Langit Ilahi team iaitu Abu Ridhwan.



Secara kesimpulannya, bengkel dakwah melalui media berjaya mencapai objektifnya dalam menyemarakkan lagi bidang penulisan dakwah. penceramah jemputan bukan sahaja berjaya mengupas topik dengan baik malahan turut menyuntik lagi semangat para peserta dalam berkarya di dalam medan dakwah.


Penulisan bermanfaat ialah ilmu yang bermanfaat yang akan memberi pengetahuan dan kesan kepada ramai orang secara berterusan yang menjanjikan pahala yang tidak putus-putus. InsyaAllah akan menjadi suatu bekalan menuju kampung akhirat yang kekal abadi.



CANDID



  





Saturday, 10 December 2011

Kursus Pemantapan Aqidah

"Tidak akan sesekali Yahudi&Nasara redha akan kamu&seluruh Muslim sehingga kamu mengikut mereka.”                                                     
 – Surah Al-Baqarah

Dalil di atas menyebut tentang perihal ancaman Yahudi&Nasara kepada umat Islam harini. Ternyata tiada keraguan akan kata-kata Allah ini. Buktinya saban tahun isu pemurtadan di Malaysia makin menular dengan hebatnya. Tentu anda kenal  akan Lina Joy yang cukup terkenal sebagai seorang yang murtad.

Atas permasalahan ini, Kelab Perkim UKM terpanggil untuk bersama memelihara aqidah agar ia mantap dan tidak terkesan dek serangan-serangan musuh-mush Islam.



Hasilnya “Program Pemantapan Aqidah” dilaksanakan.  Bertarikh 3 Disember 2012, bertempat di PERKIM Kebangsaan.

Slot 1 :- Perkongsian Oleh Ustaz Amran (Wakil PERKIM)




Slot 2- Ustaz Rashidi (Ancaman Kristianisasi&Tanggungjawab Semua)




Banyak mutiara ilmu yang dapat diperoleh selepas seharian program ini. Konklusi mudahnya musuh-musuh Islam memang tidak akan duduk diam untuk memisahkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Tinggal lagi apakah peranan kita semua? adakah hanya berpeluk tubuh dan lihat saja, atau bingkas bangun melakukan sesuatu . 

Solusi yang disarankan oleh Ustaz Rashidy 
  • Cari ilmu 
  • Rapatkan batu-bata (baiki jemaah)
  • Banyak melakukan kajian
  • Sebarkan kebenaran.
Akhir kalam, ribuan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya Penyelaras PERKIM peringkat Universiti, Puan Sue 
CANDID-CANDID!!
peserta-peserta di akhir program.

Kak Su bersama YDP, Abdul fattah






Saturday, 26 November 2011

Awal Muharram

SEMINAR PERPADUAN DAN EKONOMI UMMAH [Kandungan Pembentangan Kertas Kerja 1 (Kertas Ekonomi)]


Pada12 oktober 2011 lepas telah diadakan SEMINAR PERPADUAN & EKONOMI UMMAH yang dianjurkan oleh PERKIM KEBANGSAAN yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. UKM.
berikut merupakan dapatan yang boleh dikongsi . 


PERSPEKTIF DAN STRATEGI PENGUKUHAN EKONOMI UNTUK PERPADUAN UMMAH


Oleh: Y. Bhg. Dato' Dr. Mahani Zainal Abidin
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia


OBJEKTIF PEMBENTANGAN:


Perpaduan ummah bergantung kepada kekuatan ekonominya. Persoalannya, apakah cara untuk mengukuhkan ekonomi ummah? Bagaimana membentuk synergi antara ekonomi dan perpaduan ummah?

STATUS EKONOMI UMMAH: ASAS SUDAH DIBINA TETAPI MASIH LEMAH
Ekonomi ummah menunjukkan peningkatan yang baik sejak tahun 1970-an tetapi masih ketinggalan dalam pelbagai aspek seperti ekuiti korporat, tahap pendapatan dan daya saing atau kemampanan perniagaan.

Sumber Kekayaan Ekonomi



  • Dari aspek modal insan - ramai siswazah universiti, profesor, penyelidik dan golongan professional yang terlatih
    • Sistem pendidikan agama telah berjaya melatih dan melahirkan ramai graduan
  • Membangunkan budaya perniagaan dan keusahawanan
  • Kapasiti kewangan yang cukup tetapi ianya tidak teratur dan sistematik
  • Mempunyai aset yang cukup yang belum mampu digunapakai, contohnya tanah terbiar

Ummah Akan Ketinggalan Dan Berpecah Jika Kemajuan Ekonomi Kekal Lembap

  • Negara kini berkembang pada kadar yang lebih pantas dari sebelumnya.
    • Bahagian ummah dalam ekonomi negara akan terus mengecut jikalau kemajuan ekonomi ummah lebih perlahan daripada kumpulan-kumpulan lain.
  • Jumlah dana yang telah dibelanjakan tidak hasilkan pulangan yang diharap:
    • Menurut Laporan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), sejak tahun 1970-an, sebanyak RM54billion telah dibelanjakan untuk pembangunan pegangan ekuiti ummah tetapi hanya RM2billion yang tinggal
  • Keupayaan Kerajaan untuk membantu ummah sekarang semakin berkurangan.
    • Cabaran untuk menyediakan dana dan bantuan lainperlu diimbangkan dengan keperluan komuniti lain.
  • Impak globalisasi - persaingan yang sengit menjadikan usaha menarik FDI dan mengekalkan momentum pelaburan domestik yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi semakin mencabar.
  • Impak liberalisasi perdagangan - perjanjian antarabangsa boleh menghadkan keupayaan untuk menggalakkan kepentingan domestik.
    • Walaubagaimanapun, liberalisasi perdagangan adalah penting kerana ia meningkatkan tahap kecekapan, daya saing dan mengembangkan jaringan ekonomi antarabangsa.
  • Ummah juga mempunyai keupayaan teknologi yang terhad dalam menghasilkan nilai tambah barangan dan perkhidmatan yang tinggi untuk keperluan pasaran global.

Bidang Keutamaan Ummah Boleh Ditembusi Oleh Orang Lain

  • Makanan halal - Thailand sebagai negara pengeluar utama makanan halal
  • Sijil halal Malaysia - ada negara lain yang boleh mengeluarkan sijil halal yang mendapat pengikhtirafan antarabangsa
  • Sistem Kewangan Islam - pelbagai pusat kewangan yang lain seperti Singapura dan bank-bank antarabangsa mampu menawarkan perkhidmatan perbankan Islam yang setaraf
  • Pakaian untuk orang Islam kini dibekalkan oleh hampir sepenuhnya oleh orang bukan Islam
  • Penjajahan ekonomi boleh berlaku jika ummah tiada kapasiti atau kekuatan ekonomi

Kejayaan Telah Dan Boleh Dicapai: Contoh-Contoh Kejayaan Ummah

Pengajaran Dari Strategi Dan Usaha Memajukan Ekonomi Ummah

  • Sebenarnya, ummah mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
    • Dana yang dikumpulkan oleh institusi-institusi dan dilaburkan dalam syarikat-syarikat adalah mantap
  • Institusi-institusi lebih berjaya dari usahawan
    • Kejayaan dicapai dengan kuasa pasaran yang besar, kemahiran pengurusan perniagaan sertapengurusan yang berwibawa
  • Bidang baru lebih mudah untuk diceburi dari bidang yang sedia ada
    • Ramai usahawan kecil dalam bidang ICT tidak perlu bantuan yang besar daripada Kerajaan. Sebaliknya, pengusaha Islam menghadapi banyak kekangan dalam industri pembinaan