Wednesday 17 August 2011

Iftar MAMPU bersama YDP PERKIM Kebangsaan



“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Ar-Rum: 69) 


Menjelang setiap kali Ramadan, Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti tidak sabar-sabar untuk berbuka puasa dan menerima pengiktirafan daripada Yang Dipertua Perkim yang juga mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dengan itu, Perkim menganjurkan ‘Majlis Berbuka Puasa dan Anugerah Sri Cemerlang Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (MAMPU) Bersama Yang Dipertua Perkim' bertempat di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2011 baru-baru ini.

Majlis itu dihadiri seramai 650 orang yang terdiri daripada mahasiswa Kelab Perkim Universiti, Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Sahabat Perkim dan saudara Muslim.
Tetamu disajikan dengan tayangan sejarah, visi, misi Perkim dan aktiviti program Kelab Perkim 2011.


Majlis ini turut memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada kelab-kelab PERKIM IPTA/IPTS yang bersama menjayakan agenda dakwah PERKIM di peringkat mahasiswa.


YDP PERKIM UKM ,Abdul Fattah Saddiq menerima penghargaan
 daripada YDP PERKIM  kebangsaan TUN  MAHATHIR.

Majlis itu disempurnakan perasmiannya oleh Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Dr. Mahathir dalam ucapannya, cara kita mengembangkan agama Islam mestilah secara yang sederhana, tidak terlalu gopoh dan keras.


“Imej Islam akan menjadi lebih baik sekiranya kita memberikan sumbangan dan bantuan bukan sahaja kepada umat Islam yang susah malah kepada bukan Islam turut menerimanya agar mereka lebih tertarik dengan agama Islam meski pun mereka tidak memeluknya,” katanya.


“Sekurang-kurangnya mereka akan faham Islam dan mengiktiraf ada agama lain di dunia ini dengan perbezaan ajaran serta anutan masing-masing, bagi mereka agama mereka bagi kita agama kita,” kata Dr. Mahathir.


“Perkim bersedia menerima sesiapa yang ingin memeluk Islam secara ikhlas dan bersedia untuk menghadapi segala masalah dan tidak harus bertegang dalam perkara sedemikian,” ujarnya.


Jelas Dr. Mahathir lagi, Perkim haruslah bersikap baik, bersederhana dan tidak keras dengan mendekati mereka secara bijak berpandukan al-Quran dan hadith yang sahih serta mematuhi segala ajaran Islam yang sebenar.


Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah : 256)





Acara kemuncak pada hari tersebut ialah penyampaian anugerah sebagai pengiktirafan kepada kelab PERKIM yang cemerlang.


Berikut merupakan senarai penerima anugerah :-

  1. Kelab Terbaik Keseluruhan                                                  : Kelab Perkim KUIS
  2. Kepimpinan Cemerlang                                                        : Kelab Perkim UniSZA
  3. Kategori Projek Terbaik                                                         : Kelab Perkim IDIP
  4. Kategori Kelab Perkim Harapan                                          : Kelab Perkim UTHM 
TUN Mahathir bersama pemenang


Majlis diteruskan dengan berbuka dan seterusnya solat tarawih.



Walaupun UKM tidak tersenarai dalam kalangan penerima anugerah, usaha dakwah yang komited perlu terus dijalankan khususnya oleh saf kepimpinan kelab PERKIM UKM yang baru dan pastinya usaha yang ikhlas walaupun tidak dipandang oleh manusia , tetap saja tidak terlepas oleh pandangan Allah S.W.T. 





No comments:

Post a Comment