Sunday 7 August 2011

Transformasi Ramadhan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah ramadhan kali ini masih lagi menjadi milik kita, banyak banyak kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana DIAlah yang memberi izin untuk kita sekali lagi sampai di bulan yang mulia ini. Kalau kita hitung kembali , siapalah kita untuk Allah jemput sebagai "tetamu"Nya di bulan yang menjanjikan pelbagai hikmah untuk direbut.



Ramadhan Bukan Masa Bermalas-malasan.

Tahukah kalian, suatu ketika ketibaan ramadan sinonim dengan kegemilangan umat. Ramadan mencatat kemenangan di medan Badar dan pembebasan Kota Makkah. Ramadan juga mengiringi ketibaan Islam di bumi Andalus. Ramadan mewarnai kejayaan Salahuddin al-Ayyubi membebaskan al-Masjid al_Aqsa daripada cengkaman Tentera Salib. Malah ramadan juga menyaksikan kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaraan Moghul di medan 'Ain Jalut.
Nah, demikianlah ramadan dan kejayaan silamnya. Apa masih Muslim kini dan ramadan punya hubungan gilang gemilang itu? Masihkah ramadhan itu suatu latihan dan proses Rabbani, atau hanya adat semata ? Ukur pada situasi hari ini, umat Islam boleh merenung betapa kita jauh ketinggalan berbanding apa yang pernah dikecapi umat Islam dahulu.






Ramadan Mengejar Takwa.

"Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaiman ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertakwa" (Al-Baqarah 2:183)
Sayangnya Allah kepada kita, diberikan-Nya satu bulan dalam setahun, untuk kita belajar mencapai TAKWA. Bekalan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Apakah yang diajar oleh puasa, agar meningkatkan nilai takwa?
Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran.
Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan.
Ketika kita ada segalanya untuk dimakan, kita memilih untuk tidak makan kerana mentaati Allah. Itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata tidak kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingakatkan daya kawalan diri!
Itulah TAKWA, kawalan kehendak-kehendak sendiri untuk selamatkan diri dari terjerumus kepada hasutan nafsu mahupun bisikan syaitan kerana TAKUT kepada perintah Allah.


Tawaran Hebat. Apa Tunggu Lagi.

"Buy one free one" ? promosi untuk menambat hati si pembeli menjelang raya ini. Tapi pernahkah anda jumpa tawaran sehebat buy "one free 70"? beli satu ipad percuma 70???? lebih hebat lagi ada satu hari istimewa anda bole mendapat sehingga 1000 !! di mana segala macam road block sudah dikenakan terhadap "pesaing" lain untuk memberi kemudahan kepada anda untuk sampai ke pasar raya tersebut.
Tiba-tiba anda hanya buat tak tahu,melangut terus-terusan melayan FB, menonton rancangan hiburan , membutakan mata dan memekakkan telinga daripada mendengar dan melihat kegahirahan orang lain berjalan, berlari mungkin sampai merangkak untuk ke pasar raya berkenaan.
Maknanya anda memang tidak ada hati dengan apa yang ditawarkan. Tak ada hati langsung !!
Bukankah Allah sudah menjanjikan dengan berbagai hikmah dan pahala yang berlipat-lipat kali ganda di bulan mulia ini, dipermudahkan pula dengan tertambatnya syaitan.
Tiba-tiba buat tidak tahu sahaja. Tidak teringin menambah amal , tidak tergerak meninggalkan dosa. Dosa, pahala, syurga, neraka, memang tidak menarik langsung perhatiannya.
Maknanya orang yang tidak mempedulikan Ramadhan, tidak ingin langsung dengan apa-apa yang ada di sisi Tuhan. Tidak peduli dan langsung tidak mengambil tahu. Sungguh orang seperti ini tiada kene-mengena dengan Allah.


  "Jibril datang kepadaku dan berkata, "Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadan, namun setelah bulan itu habis dan tidak mendapat ampunan, maka jika mati masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan : Amin ! Aku pun mengatakan: Amin!" (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya)


Ingatlah peluang bertemu "pesta ibadah" ini tiada siapa yang mampu menjamin untuk kita bertemu di tahun-tahun berikutnya. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tidak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, masih ada hari yang berbaki yang tentunya tidak pula akan menunggu kita.
Apakah ada masa berlengah?















Credit to buku Transformasi Ramadan-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.













No comments:

Post a Comment