Sunday 25 September 2011

Tugas dan Tanggungjawab Seorang Da'ie

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Imran, ayat 19 "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam". Ayat ini jelas menunjukkan bahawa tiada agama yang diredhai Allah selain Islam.

Oleh yang demikian apakah tugas dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam terhadap Firmah Allah yang telah diperjelaskan tadi? Hampir setiap daripada kita sudah pun memahaminya. Persoalannya, sejauh manakah tugas dan tanggungjawab ini telah kita laksanakan? Bila disebutkan perkataan 'Dakwah' majoriti daripada kita memahami 'konsep berdakwah' ini hanya ditujukan kepada mereka yang bukan beragama Islam, yang harus dilakukan oleh parapendakwah atau Da'ie sahaja.

Kewajipan menyeru manusia kepada kebenaran adalah bersifat universal dan menyeluruh kerana Islam adalah sumber cahaya kepada semua manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan bahasa. Perintah supaya berdakwah banyak terdapat dalam Al-Quran dan juga himpunan Hadith Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT dalam surah Fussilat, ayat 33, "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; Sesungguhnya aku daripada kalangan orang beriman".


Tugas berdakwah adalah antara 'Tanggungjawab' setiap umat Islam dalam usaha untuk menegakkan Kalamullah di muka bumi ini. Perlu diingatkan juga, dalam menjalankan tugas berdakwah ini, ia harus dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa ada niat ingin menunjuk-nunjuk, riya' dan mengharapkan 'balasan' daripada setiap kerja yang telah dijalankan dan dalam menjalankan tanggungjawab ini, setiap dari kita haruslah banyak bersabar, kerana tiap-tiap orang yang bersabar itu pasti beroleh kemenangan, Insha Allah!

No comments:

Post a Comment