Sunday 9 December 2012

Ziarah Kasih Perkim UKM - Hospital Banting




"Mahasiswa Cakna Pemangkin Transformasi Ummah"




Bertemakan ungkapan di atas, program Ziarah Kasih Perkim UKM - Hospital Banting yang julung kalinya di anjurkan oleh Kelab Perkim UKM dengan kerjasama Perkim Pusat dengan berpaksikan kepada kebajikan masyarakat awam khususnya para pesakit Hospital Banting ini telah sedikit sebanyak memberikan kesedaran dan menimbulkan rasa keprihatinan masyarakat kampus terutamanya ahli Kelab Perkim UKM mengenai nasib golongan yang memerlukan perhatian dan semangat. Berkat kerjasama semua pihak yang terlibat, Alhamdulillah program telah dilaksanakan dengan jayanya.


Program ini telah berlangsung pada 9 Disember 2012 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang di Hospital Banting, Banting, Selangor Darul Ehsan. Antara wad pesakit yang terlibat ialah Wad Kanak-kanak, Wad Bersalin dan Wad Umum.


Bertolak ke Hospital Banting.


Antara pimpinan muslimin Perkim yang turut menyertai




Antara pimpinan muslimat sesi 12/13


Ketibaan Kelab Perkim UKM dan rombongan Perkim Kebangsaan disambut mesra oleh kakitangan Hospital Banting.







Program bermula dengan mengadakan perjumpaan dan sesi taklimat bersama kakitangan Hospital Banting.






Selesai taklimat, bermulalah sesi ziarah pesakit yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Muslimin (Wad Kanak-kanak & Wad Umum) dan Kumpulan Muslimat (Wad Bersalin).

Wad Bersalin/Perbidanan





Wad Kanak-kanak





Mendekati masyarakat tanpa mengira perbezaan agama,kaum dan usia seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. 





Kak Jamilaton (Wakil PERKIM Kebangsaan) bersama salah seorang pesakit berbangsa Cina.



Semoga ALLAH memberikan kesembuhan kepada adik ini. 







Bergambar kenang-kenangan bersama semua yang terlibat. Wakil Perkim Kebangsaan, Pimpinan Kelab Perkim UKM, peserta UKM dan kakitangan Hospital Banting.





Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada Kak Jamilaton dan Kak Su (Wakil Perkim Kebangsaan merangkap Penyelaras PERKIM peringkat Universiti) serta Kakitangan Hospital Banting yang telah banyak membantu dalam melancarkan perjalanan program ini.

جَزَاكَ اللهُ خَيْر



عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم)
Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."
(Bukhari dan Muslim)

Semoga bertemu lagi ^_^


*P/S : Kesemua gambar ini telah mendapat kebenaran daripada pihak Hospital Banting & para pesakit sendiri untuk diambil gambar.

No comments:

Post a Comment