Monday 26 December 2011

Bengkel Dakwah Media

"Membina Gelombang Penulisan Islam"

Petikan di atas merupakan tema yang dibawa untuk Bengkel Dakwah Melalui Media anjuran bersama Perkim UKM dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi (PMFST). Menyedari potensi Media sebagai medan dakwah, program ini telah dirancang bagi menigkatkan lagi kemahiran,kefahaman tentang bidang media khususnya penulisan Islami dan juga pengendalian blog . ALhamdulillah program telah dikendalikan dengan jayanya.


berikut merupakan tentatif program :

Sesi Pagi

7.30 pagi : Ketibaan Peserta dan Sarapan Pagi.
8.00 pagi : Majlis Perasmian, Tayangan Multimedia
8.30 pagi : Bengkel : Sesi 1 - Al-Muntalaq
9.30 pagi : Rehat
9.45 pagi : Bengkel : Sesi 2 - Teknik Menulis.
10.45 pagi : Rehat
11.00 pagi : Bengkel : sesi 3 - Menjemput ilham
12.00 tgh hari : Rehat
12.15 tgh hari : Bengkel : sesi 4 - membumikan idea.

Ceramah sesi 1 hingga sesi 4 dikendalikan sepenuhnya oleh Saudara Zahiruddin Zabidi (PTS Publication)




Sesi Petang

1.45 petang : Bengkel : Sesi 5 - Penulisan Blog
3.00 petang : Bengkel : Sesi 6 - Pengurusan Blog

Ceramah sesi 5 & sesi 6 dikendalikan oleh wakil daripada Langit Ilahi team iaitu Abu Ridhwan.



Secara kesimpulannya, bengkel dakwah melalui media berjaya mencapai objektifnya dalam menyemarakkan lagi bidang penulisan dakwah. penceramah jemputan bukan sahaja berjaya mengupas topik dengan baik malahan turut menyuntik lagi semangat para peserta dalam berkarya di dalam medan dakwah.


Penulisan bermanfaat ialah ilmu yang bermanfaat yang akan memberi pengetahuan dan kesan kepada ramai orang secara berterusan yang menjanjikan pahala yang tidak putus-putus. InsyaAllah akan menjadi suatu bekalan menuju kampung akhirat yang kekal abadi.



CANDID



  





No comments:

Post a Comment